Wednesday, 13 August 2014

Cara Penggunaan Sabun Seri Emas Formulasi Resdung


Admin nak kongsikan detail langkah2 nak membersihkan wajah menggunakan Sabun Seri Emas. Utk kesan terbaik, ikut langkah ni, insyaAllah cepat memberikan hasil kepada pengguna, chikidaut!!


Cara Membersihkan Wajah Menggunakan Sabun Seri Emas

*sebelum bersihkan muka, pastikan tangan anda bersih dan sisa mekap telah ditanggalkan (blh guna makeup remover atau cleansing oil)

Langkah 1:
Basahkan muka dengan air suam.

Langkah 2:
Buihkan sabun Seri Emas di telapak tangan. Letakkan buih di muka, buat urutan membulat dari bahagian dagu naik ke atas menggunakan 3 jari tengah. Urutan menegak dan kebawah bagi kawasan hidung. Urutan melintang bagi kawasan bawah mata dan dagu.

Langkah 3:
Biarkan buih sabun di muka 1-3minit. *Kulit kering memadai 1 minit

Langkah 4:
Bersihkan dengan air suam. Kemudian barulah gunakan air biasa/sejuk untuk bilas bersih seluruh wajah. Lap kering muka. Siap!
Mesti rasa segar dan bersih. Yang paling penting, rasa sangat selesa +nyaman sangat :)

#Boleh guna 2-3x sehari.

----------------------------------------

  TIPS KETIKA MEMBERSIHKAN WAJAH:
*Penggunaan air suam ketika membersihkan muka sesuai untuk kebanyakkan orang Malaysia yang berkulit berminyak atau jenis kulit kombinasi. Penggunaan air suam dapat membuka liang pori dan dapat membersihkan kulit dari kotoran dan minyak diliang pori.

*Penggunaan air sejuk lebih sesuai untuk mereka dengan kulit kering. Supaya liang pori dapat dikecilkan dan mengelakkan kelembapan kulit hilang ketika membersihkan muka.

*Penggunaan air paip bertapis; bebas klorin juga mempengaruhi kesan kepada kulit lebih sihat. Sbb air paip berklorin boleh menjadi punca alergi dan masalah kulit berpanjangan.

*Mengurut wajah ketika membersihkan kulit menggunakan tiga jari tengah (jari telunjuk, jari hantu dan jari manis) sebenarnya antara amalan untuk menaikkan seri wajah J Lagi bagus jika disertakan dengan selawat ketika membilas muka (bg yg beragama Islam)

*Elakkan dari menyental kulit muka dengan kuat. Ini akan menyebabkan struktur kulit rosak dan masalah kulit semakin sukar dipulihkan. Penggunaan skrub seminggu sekali juga membantu untuk tanggalkan sel kulit mati 

*Anda boleh gunakan toner dan moisturizer selepas membersihkan muka.
InsyaAllah next entry admin akan share cara buat skrub muka di rumah guna barangan yang ada di dapur.

*Simpan sabun di tempat yang kering. Baca lanjut tips penjagaan sabun Seri Emas <-klik

----------------------------------------

Ada video jugak, tgok sini..



----------------------------------------

Simple je kan nak guna sabun Seri Emas ni. Sebenarnya tak perlukan apa2 skil istimewa pun, asalkan anda tahu jenis kulit dan tahu cara utk jaga kulit.

Ada soalan nak tanya? Sila tinggalkan komen di bawah atau PM admin di Fanpage. Kalau suka entry ini dan anda rasakan ia memberi manfaat pada anda, LIKE kami @ share di Google+ ye ^_^

Nak order? SMS SE99 hantar ke 013-6065600. Sape sms sekarang, admin bagi harga promo + hadiah free dan poslaju percuma seluruh semenanjung. Yeahh!! Sape cepat dia dapat :)


No comments:

Post a Comment