Wednesday 20 August 2014

5 Langkah Mudah Untuk Kenal Pasti Jenis Kulit Anda

Pentingnya mengetahui kulit kita ini jatuh dalam kategori mana. Kerana ia akan melibatkan pemilihan produk yang bakal diguna setiap hari dan kesannya kepada anda. Ramai orang mahukan kulit cantik putih bersih dengan segera kerap melakukan kesalahan: salah memilih produk kerana gagal mengenalpasti jenis kulit dan masalah kulit sendiri. Maka hari ini, admin share-kan 5 langkah mudah anda boleh buat sendiri di rumah supaya anda boleh kenal pasti jenis kulit anda samada 1- Kulit Normal 2- Kulit berminyak   3- Kulit Kering 4- Kulit Kombinasi



Langkah 1:
Tanggalkan mekap anda (jika ada). Gunakan cleansing oil atau make up remover-guna kapas, lap sehingga kesan kotoran tidak lagi melekat pada kapas muka.
Bersihkan muka anda dengan pencuci muka atau sabun.
Tidak perlu sental kulit dengan kuat, tidak perlu skrub.
Bilas, kemudian lap kering.


Langkah 2:
Rehatkan kulit selama sejam. Tak perlu oleskan krim, toner atau yang lain. Langkah ini dibuat bertujuan nak kembalikan keadaan kulit sediakala anda.


Langkah 3:
Ambil tisu muka, dan dab kan di muka. Beri tumpuan kepada zone-t. 


Langkah 4:
Kenalpasti jenis kulit anda, samada ia tergolong dalam kulit normal, berminyak, kering atau kombinasi berdasarkan tisu yang digunakan.

Kulit normal: Tisu bersih tanpa kesan. Biasanya kulit tidak menunjukkan kesan minyak mahupun kesan kulit kering/mengelupas halus. Kulit terasa lembut.

Kulit berminyak: Terdapat kesan minyak pada tisu, muka kelihatan berminyak/berkilat. Ia selalu dikaitkan dengan mereka yang mempunyai masalah liang pori besar.

Kulit kering: Anda boleh lihat kesan kekeringan kulit mati di muka, sedikit tegang kulitnya dan kadangkala rasa sedikit sakit. Jenis kulit ini selalu dikaitkan dengan keadaan liang pori kecil.

Kulit kombinasi: Jika anda mengalami ketiga2 situasi seperti diatas, selalunya berminyak di zone-t, normal di kawasan lain dan mungkin kering di bahagian pipi, maka anda dlm kategori kulit kombinasi.


Langkah 5: 
Ketahui masalah kulit yang mungkin anda hadapi. Terdapat dua jenis masalah kulit yang selalunya terjadi di kalangan kita kulit orang Malaysia.

Kulit bermasalah jerawat: Jerawat bagi remaja adalah normal terutama sekali bagi si kulit berminyak. Namun jika ia serius atau anda sudah melewati usia remaja dan mempunyai masalah jerawat, pastikan anda memilih produk yang mampu merawat jerawat seperti Sabun Seri Emas. Elakkan penggunaan produk yang berunsurkan "memutihkan kulit" atau "bleaching" kerana ia akan mengeruhkan masalah kulit anda di masa depan.

Kulit sensetif: Jika kulit anda rasa gatal, jadi kemerahan atau seperti ruam selepas makan sesuatu atau selepas menggunakan sesuatu produk, kulit anda perlu diberi tumpuan serius. Elakkan penggunaan produk dengan chemical yang tinggi, yang terbaik ialah gunakan produk seperti sabun handmade Seri Emas. *sila consult admin dengan lebih lanjut menerusi FB ya. 

Resdung: Jika anda alami masalah hidung berair waktu sejuk atau selepas makan sesuatu, kerap bersin, mulut berbau, jerawat di muka dan dibadan/ jerawat di kepala, gatal2 kulit selepas makan seafood, sakit kepala 'tangkap' belakang mata atau dahi; anda mempunyai simptom resdung. Ambil solusi terbaik dengan penggunaan sabun Seri Emas, mujarab insyaAllah, ramai yang rasa selesa selepas penggunaannya-lihat Testimoni Sabun Seri Emas <<di sini

Ok, sekian shj perkongsian kali ini. Jika entry ini membantu anda, share kan di FB. Sebarang pertanyaan boleh disalurkan melalui komen di bawah atau PM di FB. 

No comments:

Post a Comment